Kepimpinan Nabi Muhammad
- gadismawar

- Dec 10, 2017
- 2 min read
Updated: Dec 14, 2017
Menurut pandangan Islam, manusia dijadikan Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi dan setiap manusia adalah pemimpin secara langsung atau tidak langsung.Nabi Muhammad s.a.w. merupakan pemimpin yang dipilih dan dilantik oleh Allah SWT untuk memimpin manusia ke jalan yang benar. Kepimpinan baginda terserlah sewaktu baginda berada di kota Makkah iaitu sebelum menerima wahyu sebagai Nabi dan Rasul. Kepimpinan itu makin jelas setelah baginda berhijrah ke Madinah

Pemimpin agama
Mempunyai empat sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah ( beri contoh untuk setiap sifat terpuji ).
Menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia. Baginda berakhlak mengikut ajaran yang diajar dalam al Quran sebagai seorang pendakwah, nabi menunjukkan sifat – sifat sebenar iaitu lemah lembut, toleransi, tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama aspek akidah. Contohnya, baginda tetap bersabar menghadapi tentangan orang Musyrikin sehinggalah kemuncaknya mereka berkomplot untuk membunuh nabi.Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak pernah cuba menunjukkan kuasa – kuasa luar biasa walaupun dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah SWTBaginda telah menentukan beberapa bidang disiplin bagi menjamin kesejahteraan masyarakat iaitu ibadat (solat, puasa, zakat dan lain-lain), nikah kahwin, jenayah dan ketatanegaraan serta hubungan antarabangsa yang bersumberkan al Quran dan hadis. Dalam amanat terakhir baginda berpesan supaya umat manusia berpegang kepada al Quran dan hadis
Pemimpin Politik
Mengasaskan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia iaitu sahifah Madinah.Kepimpinan baginda telah terserlah sebelum kerasulan baginda lagi apabila berjaya menyelesaikan pertelingkahan antara ketua – ketua suku Arab Mekah yang hampir menumpahkan darah iaitu meletakkan semula batu hitam atau Hajarul aswad dipenjuru Kaabah.Mendamaikan pertelingkahan antara suku Aus dan khazraj Arab Madinah melalui perjanjian Aqabah satu dan dua serta diktiraf menjadi ketua Negara Islam Madinah melalui sahifah Madinah dan mengadakan hubungan diplomatik contohnya menghantar perwakilan Islam ke Habsyah dan Mesir. Memperkenalkan sistem Syura ( permesyuaratan) untuk membuat keputusan dalam semua bidang secara kolektif.
Pemimpin Tentera
Menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan dan menjadi pemimpin dalam 27 ekspedisi ketenteraan ( Ghazwah) yang disertai oleh baginda. Akidah , syariat dan akhlak yang mulia menjadi asas dalam kepimpinan baginda dalam bidang ketenteraan. Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT. Mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi musuh.Sentiasa adil kepada kawan samada kawan atau musuh. Contohnya membahagikan harta rampasan perang secara adil kepada kawan – kawan yang menyertai peperangan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari medan perang atau kaum – kaum yang lemah. Berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada pasukan tentera Islanm.
Pemimpin Masyarakat
Berjaya menyatukan masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan. Menyatukan umat Islam melalui persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar berdasarkan konsep ukhuwah Islamiyah dan bantu membantu kearah kebaikan. Berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat madinah seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah. Persamaan taraf antara lelaki dan perempuan kecuali takwa. Menaikkan taraf wanita. Menghapuskan batas – batas perbezaan kaum melalui konsep Ummah contohnya menyatukan orang Muhajirin, Ansar dan Yahudi ( diperingkat awal tetapi akhirnya Yahudi disingkirkan kerana melanggar Sahifah Madinah ). Kebebasan beragama kepada semua penduduk Madinah dan mengamalkan adat masing –masing. Ketua-ketua suku diberikan peranan masing-masing menyelesaikan masalah anggota suku masing-masing contohnya Sa’d bin Ubadah , ketua suku Khazraj dan Sa’d bin Muadz, ketua suku Aus untuk menjalankan penyiasatan. Setelah terbukti kesalahan bani Quraizah, Sa’d bin Muadz untuk menetukan hukuman kerana beliau lebih arif mengenai kedudukan bani Quraizah.




Comments