top of page
Search

Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad

  • Writer: gadismawar
    gadismawar
  • Dec 14, 2017
  • 2 min read

Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-

1. Melaksanakan perintah Allah.

2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.

3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.

4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).

5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.

6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.

7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.

8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.

9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.

10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.

11. Allah akan menutupi segala dukacita.

12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.Mendapat darjat al-Sidq.

13. Ditunaikan segala hajat.

14. Salam sejahtera pada hari kiamat.

15. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.

16. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.

17. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.

18. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.

19. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.

20. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.

22. Tidak akan merasai fakir.T

23. erpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.

24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.

25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.

26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.

27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.

29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.

30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.

31. Mendapat keberkatan daripada Allah.

32. Mendapat kesempurnaan iman.

33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.

34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.


 
 
 

Comments


Unknown Track - Unknown Artist
00:0000:00
Unknown Track - Unknown Artist
00:0000:00

© 2023 by The Artifact. Proudly created with Wix.com

bottom of page