Maulidur Rasul
- gadismawar

- Dec 10, 2017
- 1 min read
Updated: Dec 13, 2017
Rabiulawal dalam bulan Hijrah Islam merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 2017 M bersamaan dengan tahun 1439 H akan disambut pada hari Jumaat, 1 Disember 2017 menurut tarikh penting Kalendar Islam 2017 JAKIM. Ianya merupakan cuti umum buat rakyat Malaysia. Tema majlis sambutan Maulidur Rasul adalah "Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara"

Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala -berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah satu keberanian. Sehubungan dengan itu, Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakkan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.




Comments